baja buah
Advertisement

Adakah anda seorang petani yang baru berkecimpung dalam bidang pertanian dan penggunaan baja buah? 

Anda membaca artikel yang tepat!

Apabila isu berkaitan pembajaan, banyak perkara anda perlu ambil tahu. 

Ianya bermula dengan cara pembajaan yang betul bagi setiap tanaman sehingga ke cara menguruskan jadual pembajaan.

Pembajaan dibuat untuk membekalkan sumber nutrient yang cukup kepada tanaman agar ia subur. 

Jom dapatkan info lanjut mengenai baja dalam artikel ini. 

Kaedah Pembajaan Yang Tepat

Terdapat 4 cara pembajaan yang tepat yang boleh kita ketahui iaitu kaedah tabur, sisi, poket dan semburan daun.

  1. Kaedah tabur

Kaedah tabur kebiasaanya sesuai untuk pembajaan yang asas.

Sebagai contoh, baja tahi ayam menggunakan kaedah ini. 

Anda perlu menggaul tanah yang sudah dicampuri baja tersebut dengan menggunakan cangkul atau mesin bajak.

  1. Kaedah sisi

Selain itu, kaedah sisi pula adalah dengan baja  tanaman itu ditabur pada sisi (atau bersebelahan) tanaman. 

Cara ini sangat sesuai untuk tanaman berbaris, junjung atau pokok yang besar.

  1. Kaedah poket

Di samping itu, kaedah poket adalah dimana baja diletakkan di sekeliling pokok dalam bentuk poket. 

Poket ini adalah diperbuat daripada lubang yang dikorek dalam bilangan 3 hingga 5 poket. 

Seterusnya, baja tersebut akan diletakkan di dalam lubang tersebut dan kemudiannya dikambus. 

Kedalamannya dalam sekitar 10-15cm sekadar cukup untuk menanam baja.

  1. Kaedah semburan daun

Manakala bagi baja semburan daun atau baja foliar pula, ia digunakan bagi membekalkan baja dengan kadar yang segera. 

5 Baja Buah Terbaik di Pasaran

  1.  Nitrophoska
baja buah

Baja nitrophoska ialah singkatan dari 3 unsur atau zat yang sangat diperlukan oleh pokok dan tumbuhan. 

15 – 15 – 15 + 2S ialah kandungan utama baja mengikut peratusan. 

HOT  Jenis Tanaman Hidroponik Yang Mudah Ditanam

Ianya sangat sesuai digunakan untuk membaja anak pokok yang sedang membesar dan sebagai baja penyuburan kepada pokok tanaman yang kecil.

Berikut merupakan maksud di sebalik nisbah yang dinyatakan di atas: 

  • 15% N – 15% nitrogen
  • 15% P205 – mengandungi 15% zat phosphor (phospat)
  • 15% K20 – baja mengandungi 15% zat kalium
  • 2% – mengandungi tambahan 2% zat sulphur (belerang)
  1.  Novatec Premium
baja buah

Baja ini sangat sesuai untuk digunakan pada tanaman yang sukar berbuah dan tidak subur.

Ia akan membantu untuk melebatkan proses pendebungaan dan membuatkan putik yang telah keluar dan tidak mudah gugur.

Tambahan pula, Novatec ini adalah baja komplek NPK 15 + 3 + 20 + 2MgO + 10S + TE. 

Ia amat sesuai untuk tanaman: 

  • Pokok kelapa
  • Kelapa sawit 
  • Durian 
  • Manga 
  • Padi 
  • Kopi 
  1.  YaraMila
baja buah

Sesuai untuk menjadikan tanaman lebih sihat dengan mengeluarkan daun yang besar. 

Serta, ia membantu untuk meningkatkan hasil tanaman dan mengeluarkan buah yang banyak.

Sukatan NPK-nya ialah 16:16:16.

Disamping itu, organisma yang terdapat dalam baja ini bertindak sebagai penghalang dari serangan penyakit terhadap tanaman. 

Baja ini sesuai digunakan  untuk tanaman buah tomato, jagung, nenas, timun dan sayur-sayuran lain juga.

  1. YaraTera Kristalon Red
baja buah

Kristalon Merah ini merupakan baja larut air yang sangat berkualiti untuk menggalakan tanaman menghasilkan buah dan bunga. Sesuai digunakan secara fertigasi/siraman atau foliar.

Ianya 12:12:36 + Micro. Kadar bancuhan 1gm-2gm ialah untuk 1 liter air.

  1.  PowerGro
baja buah

Yang terakhir sekali adalah baja organik PowerGro. Ia 100% tidak menggunakan cecair kimia mahupun sisa haiwan. 

Jadi, anda tidak perlu risau bau baja yang kurang apabila menggunakan PowerGro.

Baja ini bukan sahaja digunakan bagi tujuan penanaman tumbuhan yang subur. Ia juga membantu untuk membaiki struktur tanah dan pH-nya. 

HOT  5 Cara Unik Untuk Pembelajaran Online Yang Berkesan

Ini bertujuan untuk memastikan agar pokok sentiasa subur, mekar berbuah/ berbunga serta tidak mencemarkan alam sekitar. 

Baja PowerGro ini sesuai untuk tanaman durian, padi, buah-buahan dan banyak lagi. 

Selain itu, baja ini juga boleh didapati dalam 3 saiz iaitu 4 liter, 1 liter dan juga 500ml. 

Dengan penyemburan sebanyak sekali seminggu, penggunaan baja ini amat menjimatkan! 

Akhir kata, pembajaan adalah merupakan elemen penting dalam mengekalkan kesuburan pokok. 

Tidak perlu rasa rugi atau risau untuk membeli baja untuk setiap pokok yang berlainan. 

Elemen-elemen yang wujud dalam baja-baja ini akan memberi zat kepada pokok untuk tumbuh dengan sihat dan lebat.

Sememangnya kepakaran kami di Teknoganik iaitu sebuah syarikat yang membekalkan keperluan barangan asas pertanian seperti racun dan baja seperti PowerGro serta perkhidmatan pertanian.

baja buah

Kami sudah menceburi bidang ini sejak tahun 2020. 

Jadi, kami amat memahami kehendak pelanggan yang inginkan baja terbaik untuk tanaman mereka. 

Disebabkan itu, kami menggabungkan teknologi dan bahan organik yang mesra alam dan selamat dalam menghasilkan baja PowerGro ini. 

Dengan penghasilan produk yang inovatif, kami berusaha untuk membantu para petani yang sedang menghadapi cabaran dalam bidang pertanian. 

Kami membantu untuk memantapkan prestasi tanaman mereka di samping meningkatkan mutu pertanian negara.

Selain daripada penghasilan baja, kami turut menyediakan perkhidmatan seperti:

  1. Khidmat penanaman pokok jenis sacha inchi
  2. Pembuatan dan pembekalan baja jenis foliar
  3. Khidmat konsultasi tanaman durian
  4. Khidmat pembajaan kebun dan ladang (foliar)

Sertai kami!

Sertai dealer atau stokis untuk mendapatkan lebih ganjaran dan peluang untuk menambah pendapatan. 

Kami mempunyai team yang profesional untuk membantu anda menjadi dealer dan stokis yang berjaya.

Tunggu apa lagi? 

HOT  50 Kata-Kata Semangat Belajar dan Berjaya

Jom layari laman web kami untuk dapatkan info lanjut dengan menekan pautan di bawah ini: 

Jom suburkan tanaman dengan PowerGRO!