baby cream

Sebenarnya,mengasuh dan menjaga anak-anak kecil bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mudah kerana golongan kanak-kanak dan bayi antara yang mudah dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit. 

Penyakit yang sering menyerang anak kecil ialah masalah kembung perut, batuk, selsema dan kulit sensitif seperti ruam, gegata dan ekzema.

Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak merengek tidak selesa apabila mengalami masalah kesihatan. Malah ada ibu yang tidak dapat tidur dengan lena menjaga anak sepanjang malam.

Salah satu solusi pilihan yang si ibu ialah menggunakan baby cream. Baby cream ini mempunyai banyak faedah kepada bayi apabila mempunyai masalah kesihatan.

Teruskan membaca untuk mengetahui produk baby cream terbaik dan panduan memilih baby cream untuk si kecil anda!

6 Cara Pilih Baby Cream

baby cream

Terdapat beberapa kriteria untuk memilih krim untuk bayi supaya selamat digunakan. Berikut panduan untuk ibu ayah alert sebelum membeli baby cream.

  1. Teliti kandungan bahan baby cream supaya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Ia bagi mengelak sebarang alahan atau iritasi pada kulit bayi.
  2. Lihat pada label produk berkenaan untuk memastikan krim bayi bebas daripada paraben, phthalates, lilin tiruan, pewarna tiruan dan pewangi. 
  3. Ketahui juga krim bayi itu mempunyai kesan yang cepat, mudah meresap, bebas bahan kimia dan memberikan bau yang menenangkan.
  4. Pilih produk yang mengandungi bahan natural seperti Calendula atau aloe vera yang boleh mengurangkan kerengsaan dan kelegaan kepada bayi.
  5. Perhatikan juga label bertanda natural, halal, vegan dan selamat setiap produk pilihan. Cara ini membuatkan penggunaan krim bayi selamat untuk anak yang masih kecil.
  6. Krim bayi pelbagai penggunaan adalah terbaik termasuk sesuai untuk selsema, perut kembung dan melegakan rasa tidak selesa akibat ruam dan ekzema. Namun, ada juga krim bayi hanya fokus kepada satu atau dua penggunaan sahaja.
HOT  Membongkar Kelebihan Syarikat Sendirian Berhad (SDN BHD) Menentang Syarikat Enterprise: Panduan Pendaftaran dan Pengurusan

Bahan-bahan Terbaik di dalam Baby Cream

1. Minyak Alami

krim bayi

Minyak alami ialah minyak almond, minyak jojoba dan minyak lavender yang dapat memberikan kelembapan secara terus pada kulit bayi tanpa menyebabkan kegatalan. Ia juga akan membuatkan kulit bayi anda lebih halus dan lembut.

2. Shea Butter

Bahan ini kaya dengan lemak dan vitamin A dan E yang membantu menjaga kelembapan kulit.

Shea Butter dikategorikan sebagai salah satu pelembap terbaik dan dianggap selamat digunakan untuk semua jenis kulit.

3. Aloe Vera

krim bayi

Aloe vera juga dapat digunakan oleh bayi! Hal ini kerana, ia dapat memberikan effect menenangkan pada kulit bayi yang meradang.

Aloe vera ini mengandungi zinc yang bertindak sebagai astringent untuk memulihkan kulit.

4. Vitamin E

Vitamin E pula mengandungi antioksidan yang membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dan dapat menyokong proses regenerasi kulit.

5. Gliserin

baby cream

Bahan pelembap ini berfungsi secara effective dan sering digunakan dalam produk perawatan kulit bayi untuk menjadikan kulit kekal lembap.

5 Rekomendasi Baby Cream Untuk Si Manja

1. Tropika  Baby Herbal Cream

baby herbal cream

Tropika  Baby Herbal Cream diperkaya dengan ramuan minyak eucalyptus (minyak kayu putih), halia dan herba tropika membantu masalah perut kembung, sembelit dan perut berangin bayi.

Paling istimewa, krim ini boleh dipakai setiap hari dan membantu melembap dan menyihatkan kulit bayi. Sesuai sangat untuk membantu bayi selesa dan tidur nyenyak. 

Krim ini juga boleh dijadikan sebagai anti gigitan serangga ataupon insect repellent. Ianya natural, halal dan vegan ini sesuai untuk kulit sensitif terutama bayi yang mengalami ekzema dan kulit sensitif.

Yang pasti, krim tidak panas serta sangat sesuai untuk kulit bayi dan anak kecil serta orang dewasa!

HOT  Servis Penghantaran Barang Matdespatch

Jika anda ingin tahu manfaat TROPIKA Baby Herbal Cream ini dengan lebih lanjut, anda boleh layari video TikTok ini di sini!

2. Sudocrem Nappy Rash Cream

baby cream

Sudocream merupakan krim perawatan kulit bayi yang bersifat hipoalergenik yang dapat membantu menjaga kelembapan kulit bayi.

Kandungan zinc oxide pada produk ini membentuk perlindungan pada kulit untuk melindungi dari iritasi.

Benzyl benzoate dan benzyl cinnamate pula bertindak sebagai antiseptik dan membantu mengurangkan keradangan seperti ruam lampin dan ruam susu pada pipi bayi.

Ia juga boleh meredakan bedsores, ekzema, kulit yang melecet dan juga jerawat.

3. YouBaby Baby Cream

krim bayi

Natural produk yang bebas dari SLS, paraben, steroid, mercury serta bahan kimia berbahaya dan selamat untuk bayi.

Dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Habbatus Sauda dan garlic, yang dijamin membantu mencairkan serta mengatasi masalah batuk berkahak.

Bahan EO Geranium yang membantu menenangkan bayi dan membantu tidur lena. Sesuai untuk baby 1 tahun sehingga dewasa dan juga warga emas.

4. Boaty Cream

baby cream

Boaty Cream yang bukan saja boleh menghilangkan angin diperut, malah ianya tak panas.

Krim ini khusus untuk kulit bayi yang membantu membuang angin bayi dan masalah kembung perut, dan memberi keselesaan pada perut bayi.

Semoga perkongsian di atas dapat membantu para ibu bapa untuk mencari dan mencuba baby cream yang bersesuaian terhadap si manja anda.

Jadi, buat anda yang ingin menggunakan produk krim bayi yang selamat, anda boleh dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream.

Produk ini amat bagus dan sesuai untuk bayi kerana:

  • Membantu menyelesaikan masalah bayi kembung perut (colic) dan sembelit.
  • Melegakan batuk, kahak, dan nafas berbunyi.
  • Melegakan selsema, hidung tersumbat atau berair.
  • Menenangkan emosi si manja dan bantu elak masalah tantrum).
  • Mengurangkan demam panas dan jangkitan bakteria.
  • Berfungsi sebagai insect repellent (mosquito baby cream)
  • Melembap dan menyihatkan kulit si manja.
  • Membuatkan si manja dapat tidur yang lebih selesa.
HOT  Kebaikan Minum Susu Semasa Mengandung

Jadi, dapatkan TROPIKA Baby Herbal Cream di pautan biru di bawah ini sekarang!

Legakan Masalah Kembung Perut Dengan TROPIKA Herbal Cream Sekarang!

Artikel Lain: