Advertisement

Hari ini untung, esok rugi banyak. Duit boleh habis dalam sekelip mata sahaja kalau tiada asas forex. Itulah asam garam kebanyakan retail trader dalam pasaran pertukaran matawang (forex).

Kenapa perkara ini terjadi dan berulang kali terjadi? Jawapan yang cukup mudah iaitu tiada ASAS FOREX.

Ibarat membina rumah tanpa tiang pasti akan runtuh dan tiada kesudahannya, begitulah juga dalam perniagaan forex trading ini.

Jika tiada asas forex pasti akan kerugian dan tiada kesudahan dengan apa yang anda trade. Mari ketahui asas forex dengan lebih lanjut.

Artikel di sini ingin menerangkan 4 perkara asas forex.

Belajar Forex

Tidak perlu belajar forex sudah boleh menjana pendapatan dalam USD?

Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis seperti itu. Ianya pasti menjadi satu masalah dalam kehidupan. 

Begitu banyak medium penghantaraan untuk belajar asas forex ini iaitu melalui sumber online (webinar, sumber dari YouTube) mahupun offline (berguru) .

Persoalannya adakah anda sudah bersedia untuk belajar asas forex ini? Awas anda perlu ada beberapa kriteria sebelum memulakan pembelajaraan forex ini.

Berikut adalah REALITI yang anda perlu jawab secara jujur dengan diri sendiri.

JANGAN TRADE FOREX JIKA 5 PERKARA  INI ADA DALAM DIRI ANDA

1. Pemalas dan cepat putus asa

Forex ini bukanlah satu perniagaan yang boleh cepat kaya dan tiada masa untuk analisa pasaran. Hanya orang yang betul–betul tabah sahaja boleh bertahan.

2. Tak nak rugi dalam pasaran

Di dalam dunia ini mana ada perniagaan yang untung 100%,  kerana dalam trade 10 sehingga 100 kali mesti ada trade yang rugi.

Pasang surut dalam pasaran forex itu perkara yang biasa. Jika anda tak mampu terima kerugian, baik jangan mulakan.

3. Masalah kewangan yang teruk

Forex ini adalah perniagaan yang berisiko tinggi. Jadi sebaiknya trade bila modal sudah mencukupi dan bukan dengan membebankan kehidupan anda.

4. Forex sebagai program skim cepat kaya dan mudah

Anda silap jika anda fikir forex membuatkan anda menjadi jutawan dengan hanya sekelip mata – ini bukannya satu perjudian! 

HOT  Sesungguhnya Versi Baharu. Raihan VS Alif Satar

Semuanya kena belajar dan praktis sehingga anda menjadi seorang trader yang berpengalaman serta profesional.

5. Plan untuk scam orang lain

Dah banyak terjadi kes penipuan di Malaysia. 

Jangan lupa jika dipenjarakan, akaun serta harta semua dibekukan dan akibatnya nama menjadi busuk.

Apa Itu Forex?

Sebelum menjadi seorang trader yang berpengalaman, pasti semua orang menempuh satu keadaan pahit dan manis. 

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama. Kenali lebih lanjut apa itu forex.

1. Maksud Forex

Maksud Forex itu sendiri adalah Foreign Exchange = Tukaran mata wang asing.

Ianya melibatkan perniagaan dua hala sama ada beli atau jual, di mana kedua-duanya boleh memberi keuntungan. 

2. Platform

Dengan peredaran zaman serba canggih, kini semuanya ada hujung jari anda.

Tidak perlu lagi bersusah payah ke bank-bank atau syarikat bursa untuk mengendalikan perniagaan forex ini.

Transaksi atau perniagaan ini boleh dibuat melalui komputer mahupun telefon pintar. Anda cuma perlu ada sambungan Internet untuk memulakan perdagangan forex.

3. Matawang

Terdapat 8 mata wang utama yang didagangkan dalam forex:

  • US dollar
  • Euro
  • Great Britain pound
  • Swiss france
  • Japanese yen
  • Canadian Dollar
  • Australian Dollar
  • New Zealand Dollar. 

Pair pula terdiri daripada base currency dan quote currency, contohnya (GBP/USD. Base = GBP, Quote = USD)

4. Masa

Pasaran mata wang tidak akan pernah berhenti selagi duit masih diguna pakai.

Walaupun forex ini berjalan 24/7 setiap hari, urusan jual beli atas talian boleh dilakukan 24 jam 5 hari seminggu. 

Ini disebabkan oleh bank-bank, broker-broker pengurusan cuti pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Trader perlu mengetahui bahawa ada 4 sesi utama ekonomi dunia. 

Sesi London & New York adalah yang paling aktif. Dalam dua sesi tersebut ada pula jam paling aktif, iaitu waktu overlap (pertembungan), maksudnya kedua-dua sesi London & New York sedang aktif. 

Sesi pasaran dapat digunakan sebagai panduan untuk mengetahui mata wang mana yang sesuai.

Kenali Apa Itu Leverage Dalam Forex

Salah satu perkara asas forex yang wajib anda ketahui adalah laverage. Ketahui lebih lanjut dengan mendalam:

HOT  Beli UNIPIN Malaysia - Beli Kredit Game Dalam Talian

1. Maksud Leverage

Leverage ialah pinjaman daripada pihak broker kepada trader untuk memulakan perniagaan dalam forex. 

Dengan adanya leverage, trader mampu trade dengan bermodalkan serendah 10 USD sahaja!  

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu bagaimana leverage ini berfungsi dan akaun yang mana sesuai untuk modal anda.

Sebagai contoh, leverage 1:100 (1% dari modal). Nisbah itu menunjukkan margin atau downpayment deposit yang broker kenakan manakala selebihnya broker dahulukan (pinjam). 

Maksudnya, sekiranya anda ingin trade dalam akaun anda dengan bermodalkan 100,000 USD, broker memerlukan deposit 1000 USD daripada anda untuk membuka akaun itu.

Ini bermakna anda mampu membuat pinjaman dagangan 100 kali ganda daripada modal anda (1000 x100=100,000).

Namun bergitu, sekiranya silap menggunakan leverage boleh membawa padah pada akaun trading anda. 

Apa Itu Swap

Jangan terkejut jika dapati swap dalam setiap transaksi perdagangan.

Jika anda memilih akaun convetional akan dikenakan swap, namun jika anda memilih akaun Islamik dari broker ianya tanpa swap.

1. Maksud Swap

Swap adalah kadar bunga (interest) yang berlaku apabila trader membuat 1 transaksi.

Sebagai contoh membeli pair GBP/USD pada hari ini dan swap akan dikenakan sebanyak 0.20 USD.

Harus ingat bahawa kadar swap ini tidak tetap pada setiap pasangan matawang dan kadar akan berubah pada setiap hari.

Asas forex ini perlu difahamkan secara teliti dan tepat agar anda tidak akan rasa tertipu pada mana-mana broker forex.

Banyak trader yang gagal kerana mereka rakus akan teknik berbanding asas forex yang mudah dan ringkas ini.

Trading Dengan XM

XM Forex adalah sebuah platform perdagangan forex dan CFD (Contract for Difference) yang terkenal di kalangan para pedagang. Ia membolehkan pedagang untuk berdagang mata wang, komoditi, saham, dan indeks secara dalam talian. Dengan XM Forex, anda boleh mengakses pelbagai pasangan mata wang dan instrumen kewangan lain, serta menggunakan alat analisis teknikal dan fundamental untuk membantu anda membuat keputusan perdagangan.

HOT  Belajar Forex: Panduan Lengkap untuk Pemula

XM Forex terkenal kerana menawarkan pelbagai jenis akaun perdagangan, termasuk akaun mikro dan akaun syariah, yang boleh disesuaikan dengan keperluan pedagang. Mereka juga menawarkan pelbagai promosi dan bonus kepada pelanggan mereka.

Platform ini telah menerima pelbagai anugerah dalam industri forex dan mempunyai reputasi yang baik dalam hal keselamatan dan ketelusan. Selain itu, XM Forex menyediakan perkhidmatan pelanggan yang responsif dan sokongan pelanggan dalam pelbagai bahasa untuk memenuhi keperluan pedagang dari pelbagai negara.

Penting untuk diingat bahawa perdagangan forex melibatkan risiko, dan anda perlu memahami dengan baik pasaran dan pengurusan risiko sebelum terlibat dalam perdagangan. Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan XM Forex atau platform perdagangan lain, adalah bijak untuk mencari maklumat lanjut dan memahami sepenuhnya syarat dan terma yang berlaku.

Promosi Terkini dari XM: Nikmati USD50 Bonus Dagangan untuk Pelanggan Baru!

Bagi mereka yang baru mendaftar dengan XM, terdapat tawaran istimewa yang menanti anda. Dapatkan bonus dagangan sebanyak USD50 No Deposit Bonus sebagai insentif untuk memulakan perjalanan perdagangan anda dengan XM. Dengan adanya bonus ini, pedagang boleh merasai pengalaman menggunakan servis dan syarat dagangan XM. XM juga menyediakan Leverage sehingga 1:1000 untuk membantu dagangan anda. Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan modal perdagangan anda. Daftar sekarang dan sertai komuniti pedagang yang berjaya dengan XM!

Dengan menyertai XM, anda tidak hanya mendapatkan akses kepada platform perdagangan yang canggih, tetapi juga pelbagai instrumen kewangan dan sokongan pelanggan yang terbaik. Pendidikan adalah penting kerana jenis pelaburan ini melibatkan risiko tinggi dan ia tidak sesuai untuk semua orang. Daftar hari ini dan maksimakan potensi keuntungan anda dalam pasaran forex yang dinamik ini.

Sedikit pesanan kepada semua retail trader, jadikan perniagaan pertukaran mata wang ini suatu kerjaya profesional dan jangan sesekali menjadikan forex ini satu perjudian.

Semoga anda maju jaya !