Utama Info 7 Tanaman Yang Menguntungkan Yang Anda Patut Cuba!

7 Tanaman Yang Menguntungkan Yang Anda Patut Cuba!

Menanam pokok di rumah sendiri banyak manfaatnya. Selain daripada sebagai hiasan rumah yang cantik, terdapat juga banyak tanaman yang menguntungkan jika ditanam di rumah.

Jika anda mempunyai tanaman herba atau sayur-sayuran di rumah, anda hanya perlu memetik atau potong sahaja dari pokok untuk dicampurkan dalam masakan.

Bercucuk tanam di rumah juga dapat menjimatkan tenaga dan duit. Tambahan pula, kajian mendapati bahawa tanah dalam pasu tanaman juga boleh membantu membersihkan udara di rumah.

Di dalam artikel ini kami akan menerangkan kepada anda tentang apa yang diperlukan untuk mula menanam serta 7 jenis tanaman yang menguntungkan untuk anda!

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apa Yang Diperlukan Untuk Mula Menanam?

Bercucuk tanam merupakan hobi yang sangat bagus dan berfaedah untuk kesihatan dan kesejahteraan diri! Menanam pokok sendiri bukanlah serumit yang anda bayangkan.

Di bawah adalah beberapa perkara yang diperlukan untuk mula menanam tanaman yang menguntungkan di rumah anda.

Ketahui Jenis Tanah

Tanah memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan tumbuhan anda subur. Jadi, anda perlu tahu tentang jenis tanah yang diperlukan sebelum anda memulakan menanam.

Beberapa jenis tanah yang diperlukan untuk menanam:

  • Tanah Atas – lapisan tanah yang paling atas pada tanah.
  • Tanah Hitam – tanah yang telah dicampur dengan sekam bakar.
  • Tanah Bakar – sisa tanah liat; selalunya dari pembuatan pasu.
  • Bahan Organik – kompos, sabut kelapa halus atau mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, kambing, arnab, lembu).
  • Pasir – pasir sungai atau lombong.

Bagi mereka yang biasa menanam, mereka biasanya akan campur tanah-tanah ini menggunakan sukatan sendiri. 

Namun bagi yang baru sahaja mula menanam dan tidak tahu tentang sukatan tanah, anda boleh beli tanah yang boleh dipakai terus di kedai pokok.

Pencahayaan Yang Sesuai

Selain daripada tanah, tumbuhan juga memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Setiap pokok juga memerlukan jumlah cahaya matahari yang berbeza.

Terdapat tiga jenis pencahayaan bagi tumbuhan, iaitu cahaya penuh (bright sunlight), cahaya separuh (medium sunlight) dan cahaya kurang/redup (low sunlight).

  • Cahaya penuh – cahaya matahari yang lebih dari 6 jam
  • Cahaya separuh – cahaya matahari untuk 4-5 jam
  • Cahaya kurang – cahaya matahari untuk 2-4 jam
  • Redup – cahaya matahari untuk kurang daripada 1 jam

Bagi tanaman yang memerlukan cahaya separuh atau kurang, ia sesuai dijemur di bawah matahari pada waktu pagi. Ini kerana cahaya matahari pada waktu petang lebih terik.

Jika tanaman anda kelihatan kuning dan mula bergulung, ia bermakna:

  • Terlalu banyak cahaya matahari
  • Tanaman anda kekurangan air
  • Baja terlebih

Oleh itu, pastikan cahaya di kawasan yang anda ingin menanam sesuai untuk tanaman tersebut. Jika tidak, tanaman anda akan mudah layu disebabkan cahaya matahari yang terlalu banyak.

Siram Tanaman Anda Mengikut Keperluan

Untuk hampir semua jenis tumbuhan, anda perlu menyiramnya hanya apabila bahagian atas tanah terasa kering. 

Cara mudah untuk memeriksa sama ada tumbuhan anda memerlukan penyiraman adalah dengan mengikuti ujian celupan jari. 

Jangan sekali-kali menyiram tanaman anda dengan terlalu banyak air kerana ia boleh mati. Membiarkan tanaman dalam air yang banyak boleh menyebabkan ia reput. 

Salah satu sebab anda patut menyimpan tanaman anda dalam pasu semaian (pasu coklat atau hitam) adalah kerana pasu semaian mempunyai lubang di bahagian bawah,untuk saliran air.

7 Jenis Tanaman Yang Menguntungkan

Di bawah adalah beberapa jenis tanaman yang menguntungkan yang anda boleh tanam di rumah!

Daun pudina (mint leaves)

Daun pudina merupakan herba yang sangat berfaedah terutamanya untuk memasak. Tanaman ini sangat popular ditanam di rumah.

Namun begitu, pokok daun pudina ini jenis yang menjalar serta membesar dengan cepat apabila terdedah kepada matahari. Ia juga boleh menjadi agresif dan menjalar masuk ke pasu lain.

Oleh itu, anda perlu memastikan ia kekal dalam pasunya sendiri dan meletakkannya jauh sedikit daripada pokok lain.

Cara menanam:

  • Beli di nurseri/meminta jiran untuk batang pokok daun pudina mereka
  • Apabila daunnya mula berbunga, anda hanya perlu kerat batang pokok dalam 1 inci daripada tanah dan ia akan tumbuh semula.

Taim (Thyme)

Tanaman yang menguntungkan ini merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak serta tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

Pokok taim biasanya memerlukan cahaya matahari yang banyak dan tidak boleh disiram dengan terlalu banyak. Ia hanya perlu disiram sekali seminggu sahaja.

  • Cara menanam:

Beli di nurseri/petik keratannya dan menanamnya.

Bawang putih (Garlic)

Salah satu tanaman yang menguntungkan adalah bawang putih. Bawang putih banyak digunakan dalam masakan. Oleh itu, menanamnya di rumah dapat menjimatkan wang.

Cara menanam:

  • Gunakan 1-2 ulas bawang putih dan tanam dengan bahagian akar di bawah
  • Jarakkan sebanyak 4 inci antara setiap satu

Pokok cili (cili padi)

Antara tanaman yang menguntungkan yang popular ditanam di rumah adalah pokok cili padi. Pokok ini mudah ditanam dan mudah subur kerana cuaca di Malaysia yang sesuai dengannya.

Cara menanam:

  • Asingkan biji cili padi
  • Tabur biji-biji dalam pasu berisi tanah dan siram apabila perlu
  • Selepas proses percambahan (7-10 hari) dan tunas mula kelihatan, siramnya secara berjadual.

Selasih (Basil)

Daun selasih kerap digunakan dalam masakan dan popular untuk rasa dan aromanya dalam masakan Thai. cara menanamnya juga mudah, hanya memerlukan air sahaja.

Cara menanam:

  • Pilih batang selasih yang mempunyai beberapa helai daun dan buang daun di bahagian bawah
  • Letakkan batang dalam air 
  • Pastikan tiada daun yang tenggelam dalam air
  • Apabila akar sudah tumbuh (sebanyak 3 inci), keluarkan dan tanam dalam pasu

Halia (Ginger)

Halia merupakan salah satu bahan masakan yang wajib ada di rumah. Halia muda dan halia tua boleh digunakan dengan berbeza dalam masakan.

Pokok halia juga mempunyai bunga iaitu Bunga Kantan yang banyak digunakan dalam masakan melayu seperti laksa, ulam dan sebagainya.

Cara menanam:

  • Pilih bahagian batang yang mempunyai “mata”
  • Tanam 1 inci di dalam tanah dan pastikan lembap
  • Akar akan mula tumbuh dalam masa yang singkat
  • Bahagian halia yang diperlukan akan tumbuh di bahagian bawah tanah

Kangkung (Water Spinach)

Sayur kangkung merupakan sayur yang digemari oleh orang Malaysia dan digunakan dalam banyak masakan.

Cara menanam:

  • Taburkan biji benih dalam tanah jika ada
  • Jika tiada, rendam akarnya dalam air/terus tanam dalam tanah
  • Petik apabila daun sudah membesar dan pucuk baru akan mula tumbuh selepas itu, memberikan kangkung yang lebih banyak

Kesimpulannya, terdapat banyak jenis tanaman yang menguntungkan yang anda patut cuba tanam di rumah.

Jika anda sedang mencari baja untuk menyuburkan tanaman anda, baja PowerGRO merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

Di Teknoganik Hijau, produk keluaran kami, baja PowerGRO, adalah salah satu produk terbaik di pasaran Malaysia kerana keberkesanannya dalam membantu tumbesaran pokok supaya membesar dan sihat pada keadaan optimum.

Produk kami bebas dari campuran bahan kimia dan sisa haiwan. Produk ini juga tidak mempunyai bau seperti baja yang ada di pasaran.

Kebaikan Baja PowerGRO:

  • Dapat membaiki komposisi biologi tanah
  • Menggandakan kadar serapan baja untuk setiap pokok
  • Penggunaan baja PowerGRO dapat meningkatkan hasil tanaman berganda-ganda!
  • Penggalakan pertumbuhan tunas dan akar yang lebih sihat
  • Menambah daya tahan terhadap penyakit yang sering dialami oleh pokok.

Tunggu apa lagi? Dapatkan baja PowerGRO anda sekarang!

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui dengan lebih lanjut, layari laman web kami di sini.

Suburkan Tanaman Anda Dengan PowerGRO Ini!

Exit mobile version