Young Living
Advertisement

Young Living Malaysia: Kebelakangan ini kesedaran tentang penggunaan barang semulajadi semakin meningkat. Ramai terutamanya memilih makanan dan produk penjagaan diri yang membawa label organik. Dari segi kesihatan pula semakin ramai yang terbuka kepada kaedah alami, baik untuk mencegah mahupun untuk mengubati sesuatu isu yang dialami.

Antara pilihan popular masa kini adalah penggunaan minyak pati tumbuhan, atau lebih dikenali sebagai essential oil. Menariknya essential oil ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ianya telah digunakan dari zaman perubatan islam dulu lagi. Nenek moyang kita juga sangat sinonim dengan mengubati sesuatu keadaan menggunakan herba dan tumbuhan serta akar kayu yang diperoleh dari hutan.

Dengan tumbuhnya jenama-jenama essential oil yang seperti cendawan lepas hujan ini, adalah penting untuk mengetahui tentang asal-usul, kaedah pemprosesan dan isi kandungan essential oil itu sendiri. Dari pengalaman saya sendiri, Young Living essential oil benar-benar memberi kesan yang memuaskan, sejajar dengan kualiti dan harganya.

Jom kita lihat 5 essential oil dari Young Living yang paling laris di pasaran Malaysia:

Nombor 1 – Young Living (Lemon Essential Oil)

Sebotol 15ml Lemon essential oil adalah dihasilkan dari 75 biji buah lemon dan boleh diperoleh pada harga serendah RM51.50 sahaja! Lemon essential oil ini paling digemari oleh ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, untuk digunakan sebagai mandian terutamanya ketika anak-anak kurang sihat, selsema, atau mulai untuk demam. Boleh juga dititiskan ke dalam air untuk dijerlum. Selain itu, beberapa titis Lemon essential oil ke dalam diffuser adalah bagus untuk menyegarkan udara, lantasan untuk melonggarkan hingus di dalam hidung yang tersumbat.

Nombor 2 – Young Living (Peppermint Essential Oil)

Peppermint essential oil pula menduduki takhta kedua, namun pastinya merupakan pilihan pertama para lelaki di luar sana. Lebih ramai lelaki suka untuk menggunakan Peppermint essential oil setiap hari untuk mengekalkan kesegaran, dan membuatkan mereka lebih fokus untuk bekerja sepanjang hari, atau memandu jarak jauh. Sifat Peppermint yang menyegarkan juga membuatkan para guru dan pelajar, terutama yang menduduki peperiksaan suka untuk memilikinya, digabungkan sekali dengan Rosemary essential oil untuk meningkatkan memori.

Harganya? RM100 sahaja bagi ahli untuk 250 titis.  Memang berbaloi!

HOT  Tips "Diet" ke Rumah Terbuka agar berat tidak naik mendadak selepas puasa

Nombor 3 – Young Living (Lavender Essential Oil)

Lavender essential oil ini biasanya memang kegemaran semua, tak kira lelaki perempuan, tua muda. Nama lain bagi Lavender essential oil ini adalah Swiss Army Oil. Kalau lah nak kena pilih satu sahaja essential oil untuk dibawa ke mana-mana, bawa lah Lavender, nescaya banyak issue boleh diselesaikan. Lavender essential oil kalau diffuse boleh membantu masalah sukar tidur, namun kalau disapu ke kulit, ianya sesuai untuk merawat luka, merawat masalah jerawat, lebam, melecur dan sebagainya.

Hati-hati, kalau disapu ke luka, mungkin akan pedih sedikit, tapi sekejap sahaja, luka pun cepat kering!  

Nombor 4 – Young Living (Geranium Essential Oil)

Sesuai dengan nama gelarannya “Minyak Wanita”, baunya yang seakan-akan bau ros itu sangat sesuai untuk dijadikan pengganti kepada minyak wangi biasa. Selain mewangikan, Geranium essential oil sangat bagus untuk menyeimbangkan hormon wanita, terutamanya yang sering mengalami senggugut atau haid yang tidak menentu. Selain daripada itu, Geranium essential oil sangat membantu dalam masalah keputihan. 

Nah,semua masalah sulit dah selesai, Geranium turut membantu menaikkan nafsu dan mensensasikan lagi aktiviti ranjang suami isteri! Bolehlah mula membeli essential oil untuk anak kecil pula selepas itu,ya!

Nombor 5 – Young Living (RC Essential Oil)

Musim-musim hujan ni memang selalu membuatkan baik anak kecil mahupun yang dewasa untuk selalu diserang asthma, atau pun sekadar selsema dan batuk yang berpanjangan. RC essential oil yang merupakan campuran beberapa minyak yang sangat berkuasa tinggi untuk masalah bahagian pernafasan sangat laris terjual kerana tidak sanggup lagi mereka melihat lawatan ulang kali ke klinik. Dengan Teknik sapuan yang betul di tempat yang sesuai atau dengan menggunakan diffuser, RC dapat membantu melegakan dan memberi keselesaan kepada semua.

HOT  Young Living Diffuser: Kebaikan Diffuser Young Living Malaysia

Untuk mendapatkan konsultasi penggunaan atau cadangan minyak yang diperlukan, anda digalakkan mencari distributor yang berkebolehan dan berpengetahuan dalam membimbing anda sebaiknya.  Puan Yati merupakan seorang Leader Young Living yang telah banyak membantu para wanita dalam penjagaan hormon, pengurusan anak-anak dan terutamanya pengurusan diri dan emosi menggunakan Young Living essential oil.

Boleh hubungi menerusi Whatsapp/Call di atau klik sahaja link dibawah