Utama Advertorial 5 Senaman Mudah Untuk Menghilangkan Kebas Kaki

5 Senaman Mudah Untuk Menghilangkan Kebas Kaki

Kebas kaki boleh berlaku kepada semua orang apabila duduk terlalu lama dalam keadaan bersila atau bersimpuh. Sudah pasti anda pernah mengalami kebas kaki bukan?

Tahukah anda terdapat senaman kebas kaki yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan kebas kaki? Senaman ini sangatlah mudah dan senang untuk dilakukan di mana-mana sahaja.

Untuk mengetahui tentang senaman kebas kaki yang mudah ini dengan lebih lanjut, mari kita baca artikel ini sampai habis.

Punca Berlakunya Kebas Kaki

Sebelum kita pergi kepada senaman, mari kita lihat dulu punca-punca yang menyebabkan kaki kita kebas. Untuk merawat sesuatu, kita perlulah tahu puncanya dulu.

Kebas kaki ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ianya boleh berlarutan selama seminggu mengikut keadaan seseorang itu.

Jadi mari kita lihat punca-punca kaki kebas.

1.Penyakit Arteri Periferal (PAD)

Penyakit arteri periferal (PAD) ini merupakan penyakit salur darah yang berada di luar otak dan jantung.  Ianya akan membuatkan salur darah sempit dan tidak mengalir.

Aliran darah tidak akan sampai ke buah pinggang, perut, kaki serta lengan dan ia berlaku disebabkan oleh lemak yang berkumpul di dinding arteri.

Simptom-simptom penyakit ini ialah:

  1. Kulit berkilat di atas permukaan kaki
  2. Bulu kaki berkurangan
  3. Terdapat denyutan lemah di bahagian kaki
  4. Kaki lebih sejuk berbanding dengan bahagian lengan
  5. Luka mengambil masa yang lama untuk pulih

Jika anda mengalami simptom-simptom di atas, anda disarankan untuk mengubah gaya hidup anda kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Anda juga disarakan untuk mendapatkan nasihat pakar bagi merawat penyakit ini dengan lebih baik.

2. Hernia Disc Tulang Belakang

Hernia cakera tulang belakang (herniated disc) atau dikenali juga sebagai hernia nukleus palposus (HNP) adalah di mana cakera tulang belakang tergelincir dari tempatnya.

Ianya juga boleh berlaku sekiranya cakera tulang belakang pecah dan telah menyebabkan kandungannya keluar. Cakera ini berfungsi sebagai pelapik di antara dua vertebra.

Jika anda berumur 30-50 tahun, anda akan lebih berisiko untuk terdedah dengan masalah ini disebabkan hilangnya keanjalan. Masalah ini selalu berlaku di bahagian bawah tulang belakang.

Tetapi anda tidak perlu risau, anda boleh melakukan senaman ataupun makan ubat tahan sakit untuk merawatnya dan jika ianya terlalu serius, anda perlu melakukan pembedahan. 

3. Kencing Manis

Penyakit kencing manis bukan lagi benda yang asing di Malaysia. Kira-kira seramai 3.5 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kencing manis ini berlaku bila badan kita tidak dapat menghasilkan insulin dengan baik. Insulin adalah hormon yang mengawal paras gula dalam darah.

Bagi pesakit kencing manis, jika kandungan gula dalam darah mereka tinggi, ianya boleh menyebabkan sel saraf lemas dan akan menyebabkan kaki kebas.

4. Saraf terhimpit

Saraf terhimpit juga merupakan salah satu punca kenapa anda berasa kebas. Terdapat beberapa sebab kenapa saraf anda boleh terhimpit.

Antaranya ialah:

  1. Kasut yang terlalu ketat
  2. Posisi yang statik terlalu lama
  3. Pergerakan yang sangat agresif

Untuk menghilang rasa kebas tersebut, kita perlulah selalu membetulkan posisi serta postur badan kita dengan melakukan senaman ringkas.

Tips Mengurangkan Masalah Kaki Kebas

Masalah kebas ini boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat seperti senaman dan nutrisi yang sihat yang boleh membantu melancarkan aliran darah ke kaki.

Pengambilan suplimen tambahan seperti vitamin B kompleks juga membantu kesihatan saraf. Selain itu, boleh amalkan tip berjalan kaki 3 minit selepas duduk 30 minit. Ia membantu melancarkan aliran darah ke kaki.

Bukan itu sahaja, senaman-senaman ringkas juga boleh dilakukan untuk melancarkan aliran darah ke kaki sekaligus mengurangkan masalah kebas kaki.

Contoh-Contoh Senaman Untuk Mengurangkan Kebas Kaki

Terdapat beberapa senaman yang boleh membantu melancarkan aliran darah ke kaki. Aliran darah yang lancar boleh mengurangkan rasa kebas tersebut. 

Senaman 1

Bagi senaman yang pertama, anda haruslah melakukannya dalam keadaan baring di bahagian sisi badan. 

  • Pastikan sebelah kaki yang rapat pada lantai dibengkokkan 90 darjah, manakala sebelah kaki lagi diluruskan.
  • Perlahan-lahan naikkan kaki semaksimum mungkin dan turunkan semula pada posisi asal. 
  • Ulang 20 kali untuk kedua-dua belah kaki.

Senaman 2

Gerakan kedua ini memerlukan anda untuk melakukannya dalam posisi berdiri.

  • Berdiri tegak dan letakkan tangan dipinggang. 
  • Tarik kaki kebelakang semaksimum mungkin secara berganti-ganti. 
  • Ulang 20 kali untuk kedua-dua belah kaki.

Senaman 3

Bagi gerakan yang ketiga pula, anda harus duduk di dalam posisi seperti yang tertera di dalam video.

  • Bersedia dalam posisi merangkak (tangan selari dengan bahu, dan lutut selari dengan punggung). 
  • Tolak lutut ke belakang sehingga sama paras dengan punggung, pastikan kaki sentiasa dibengkokkan pada 90 darjah. 
  • Turunkan semula lutut tanpa menyentuh lantai dan ulang pergerakan.
  • Ulang 20 kali untuk kedua-dua belah kaki.

Senaman 4

Pergerakan keempat ini juga perlu dilakukan dalam keadaan berbaring.

  • Baring menelentang dan pastikan belakang serta kaki dalam posisi lurus. 
  • Perlahan-lahan naikkan kedua-dua belah kaki sehingga 90 darjah.
  • Turunkan kaki perlahan-lahan tanpa menyentuh lantai.
  • Ulang pergerakan sebanyak 20 kali.

Senaman 5 

Gerakan kelima ini memerlukan anda untuk melakukannya dalam posisi berbaring.

  • Baring dan bengkokkan kaki 45 darjah serta letakkan tangan di sisi dan menyentuh lantai. 
  • Tolak punggung beberapa inci daripada lantai dan perlahan-lahan kembali ke posisi asal.
  • Ulang pergerakan 20 kali.

Kesimpulannya, kebas kaki ini boleh di bantu dengan melakukan pelbagai cara termasuklah melakukan senaman ringkas di atas. Lakukan senaman secara istiqomah untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

Pengambilan makanan tambahan yang membantu seperti Kunyit Hitam Plus juga dapat membantu mengurangkan masalah kebas ini. 

Khasiatnya didapati daripada kunyit hitam yang mempunyai kebaikan tersendiri seperti:

Testimoni Pengguna Kunyit Hitam Plus

Mahu tahu lebih lanjut tentang Kunyit Hitam Plus?

Exit mobile version