Nasi Lemak Terbaik
Advertisement

Nasi lemak adalah sajian kegemaran bagi seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa mahupun agama. Sering disajikan pada waktu sarapan tetapi ada juga yang gemar menikmatinya pada waktu malam.

Kini, cara hidangannya bukan sahaja dihidangkan secara ‘biasa’ tetapi terdapat nasi lemak berlauk juga. Semestinya, tempat nasi lemak yang menarik disekitar Lembah Klang menjadi buah mulut orang ramai. Untuk anda yang masih baru disekitar Lembah Klang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba semua Nasi Lemak ini!

Disclaimer: Ini adalah pendapat peribadi bagi seseorang yang amat menyukai nasi lemak.

1. NASI LEMAK TANGLIN

Nasi Lemak Tanglin

Inilah salah satu nasi lemak berlauk yang famous di Lembah Klang. Nasi Lemak Tanglin mempunyai banyak cawangan seperti di Bukit Aman, Bukit Damansara, Foodtruck TTDI, Jalan Tun Perak dan Damansara Uptown.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis nasi lemak berlauk yang enak. Hanya perlu pilih sahaja lauk mana yang berkenan dihati.

2. NASI LEMAK EATSY

Nasi Lemak berlauk yang baru sahaja bertapak di Lembah Klang.

Eatsy menawarkan pelbagai jenis nasi lemak berlauk seperti Spice Chic, Buttermilk Chicken, Golden Egg Chicken, Black Pepper Chicken, Sesuci Lebaran, Mereciks Chicken dan K-Drummet.

Setiap lauk ini menjadi pelengkap kepada nasi lemak yang cukup untuk memberi rasa kenyang. Dengar nama menu sahaja sudah cukup mengiurkan, apatah lagi kesedapannya. Jadi, anda kena cuba sendiri.Jangan risau semua nasi lemak di Eatsy ini sedap hingga menjilat jari! Walapun di Lembah Klang, harga nasi lemak ini dijamin berpatutan dan berbaloi dengan portion.

Anda boleh order di aplikasi Food Panda, GrabFood dan juga Shopee Food di sekitar Shah Alam, Setia Alam, TTDI Damansara dan Bangsar.

HOT  Belajar Forex: Panduan Lengkap untuk Pemula

3. NASI LEMAK SALEHA

Nasi Lemak Saleha

Restoran yang legend dengan nasi lemak tak lain tak bukan Nasi Lemak Saleha.

Nasi yang berlapikkan dengan daun pisang pastinya akan memikat anda dengan aroma baunya yang harum dan wangi.

Tekstur nasi juga sangat lembut dan sambalnya tidak terlalu pedas.

4. NASI LEMAK TEPI JALAN 1996

Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

Sudah jelas lagi nyata dengan nama kedainya, restoran nasi lemak ini telah mulai dibuka pada tahun 1996 lagi. Resepi turun temurun sehingga ke hari ini!

Keistimewaan Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 ini bukan dari sambalnya sahaja malah lauk pauk yang disajikan.

Kesemua lauk pauk sangat menggiurkan dan menyelerakan! Paling istimewa dan mewah ialah nasi lemak lobster.

5. NASI LEMAK CT GARDEN

Restoran yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur turut menjadi kegemaran penduduk disekitar Lembah Klang.

Keenakan nasi lemak berlauk seperti paru goreng, rendang daging, sambal kerang dan banyak lagi pasti akan menaikkan lagi selera anda.

Ditambah pula nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang memang cukup untuk dinikmati dengan berselera.


Anda perlu cuba kesemua kelima-lima Nasi Lemak ini dan komen mana pilihan anda di ruangan komen.