klinik pakar kulit
Advertisement

Sekiranya anda mempunyai masalah kulit yang kronik dan gatal kulit. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik pakar kulit yang berdekatan anda dengan segera.

Di sini kami kongsikan 5 klinik pakar kulit terbaik di Malaysia. 

  1. Dermalene Clinic

Dermalene Clinic merupakan sebuah klinik pakar kulit yang mempunyai beberapa cawangan klinik di Shah Alam, Kota Bharu dan Bangi.

Dermalene menawarkan perkhidmatan rawatan untuk penyakit kulit untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat dan terjaga dengan dikendalikan oleh doktor profesional.

Selain itu, mereka juga mengeluarkan beberapa produk skin care untuk wanita dan juga lelaki.

Bukan itu sahaja, Dermalene juga menyediakan perkhidmatan skin consultation melalui laman web rasmi nya sebelum meneruskan konsultasi di klinik.

Tambahan lagi, pelanggan yang mendapatkan skin consultation tersebut akan mendapat 10% voucher diskaun bagi menjalani rawatan bersama Dermalene.

Rawatan yang akan dijalankan adalah berdasarkan jenis kulit anda. 

  1. Klinik Dr Ko

Selain itu, ditubuhkan sejak tahun 1997, Klinik Dr Ko adalah klinik pakar kulit yang dikenali ramai di Malaysia. 

Ko Skin Specialist ini menawarkan perkhidmatan estetika untuk kecantikan kulit dan antara rawatan yang ditawarkan adalah laser dan  pembedahan plastik.

  1. Klinik Premier

Klinik Premier mempunyai beberapa cawangan klinik di Bangsar, Taman Tun Dr Ismail dan Puchong.

Klinik ini mempunyai pasukan profesional yang terlatih yang terdiri dari doktor dan jururawat yang berusaha memberikan perkhidmatan terbaik.

  1. Klinik Dr Bazilah

Klinik Dr Bazilah merupakan klinik kulit yang menyediakan rawatan bagi penyakit kulit, masalah kuku dan masalah rambut. 

Klinik Kulit Dr Bazilah ini diiktiraf dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Rawatan yang diberikan terbukti secara klinikal, selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi. 

  1. Klinik Dr Mohd Nor

Klinik Dr Mohd Nor merupakan salah satu pakar kulit terkemuka dan menyediakan pelbagai jenis rawatan menggunakan alat alat berteknologi tinggi.

HOT  Ubat Sakit Tekak - Cara Mengatasi Masalah Tekak

Cara-cara Memilih Klinik Pakar Kulit Terbaik

Adalah sangat penting untuk memilih pakar kulit yang terbaik yang dapat membantu menyelesaikan masalah kulit anda. 

Berikut merupakan beberapa faktor penting yang anda harus pertimbangkan ketika memilih klinik pakar kulit yang terbaik.

  1. Dapatkan Rujukan

Pertama sekali, untuk mengetahui tentang klinik-klinik pakar kulit yang berkredibiliti dan dipercayai, rujuk senarai ahli-ahli dermatologi dari doktor utama yang merawat anda.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh rujuk rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang pernah mendapatkan rawatan kulit.

Selain itu, luangkan sedikit masa anda untuk meneliti kelayakan dan pengalaman doktor di Healthgrades.com.

  1. Kaji tentang kredibiliti Ahli Dermatologi Tersebut

Melalui laman web Healthgrades.com, anda boleh sahkan sekiranya ahli dermatologi tersebut mempunyai sejarah salah laku ataupun penyelewengan. 

Tambahan lagi, anda juga perlu tahu sekiranya doktor tersebut mempunyai latihan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk melakukan rawatan.

  1. Pertimbangkan Pengalaman Ahli Dermatologi 

Selain itu, peluang untuk kulit anda untuk pulih kepada keadaan asal adalah tinggi sekiranya, ahli dermatologi tersebut mempunyai pengalaman yang bagus.

  1. Baca Review Pesakit-Pesakit Yang Telah Mendapatkan Rawatan

Akhir sekali, pastikan anda membaca reviews dari pesakit-pesakit sebelumnya kerana adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana rawatan tersebut dijalankan.

Pastikan klinik yang anda ingin mendapatkan rawatan mempunyai review yang bagus untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini pada masa hadapan. 

Perunding Masalah Kulit Dermalene

Jika anda sedang mencari penyelesaian kepada masalah kulit yang dihadapi, anda boleh rujuk masalah anda di klinik kulit Dermalene. 

Klinik kulit Dermalene menyediakan perkhidmatan skin consultation, rawatan serta produk berkaitan dengan rawatan kulit dan wajah. 

Antara kelebihan Dermalene ialah klinik ini dikendalikan oleh doktor yang bertauliah dan diiktiraf. 

HOT  Minyak Aromaterapi: Bagaimana Bau Dapat Meningkatkan Mood dan Kesihatan Anda

Bukan itu sahaja, terdapat banyak testimoni pelanggan yang mengatakan kulit muka mereka semakin sihat setelah mendapatkan rawatan di Dermalene.

Contoh rawatan yang ditawarkan oleh Dermalene adalah:

  • Chemical peel treatment
  • Glycolic peel 
  • Hydrofacial collagen treatment untuk merawat masalah jerawat.

Tidak kira apa jua jenis kulit yang anda ada seperti kulit muka kombinasi, kulit muka sensitif mahupun kulit muka berminyak dan jeragat. Dermalene pasti akan membantu anda.

Bukan itu sahaja, Dermalene juga sentiasa menyediakan promosi untuk pelanggan-pelanggan mereka.

Anda boleh terus walk-in ke Dermalene skin-centre yang terletak di Shah Alam, Bangi dan Kota Bharu atau buat pembelian di website mereka. 

Klik Sini Untuk Menghubungi Dermalene