bengkung
Advertisement

Bengkung adalah sangat sinonim dengan ibu selepas bersalin. Amalan berbengkung selepas bersalin bukan sahaja menjadi amalan berpantang wanita Melayu dan Asia sahaja, malahan diamalkan sejak turun temurun di seluruh dunia. Kebaikan berbengkung dapat dirasai dengan penggunaan minimum 10-12 jam sehari, selama 6-8 minggu, iaitu sepanjang tempoh berpantang atau postnatal.

Antara kebaikan berbengkung selepas bersalin termasuk:

  1. Membentuk badan untuk kembali ramping. Tahukah anda lemak badan boleh dibentuk? Dengan penggunaan bengkung yang berdisiplin dapat merampingkan badan ibu.
  2. Mengempiskan perut. Kebiasaannya perut mengeleber semasa postnatal. Penggunaan bengkung yang konsisten sepanjang tempoh berpantang dan amalan pemakanan sihat terbukti dapat mengempiskan perut dengan berkesan.
  3. Menyokong abdomen. Ibu berasa selesa dengan sokongan bahagian abdomen.
  4. Mengawal selera makan. Sifat bengkung yang menyokong kejap di bahagian abdomen membuatkan ibu mengawal pengambilan makanan dalam kuantiti yang sedikit.
  5. Mengurangkan sakit belakang. Selain abdomen, bengkung memberi sokongan di bahagian tulang belakang. Untuk jangka masa panjang, ia dapat membantu mengurangkan sakit belakang.

Ada 5 jenis bengkung selepas bersalin yang utama di pasaran. Diharap artikel ini dapat membantu ibu-ibu memilih bengkung paling sesuai mengikut keperluan.

1. Bengkung Jawa

Bengkung paling popular pada zaman ibu kita ialah bengkung jawa. Ia menggunakan kain belacu sepanjang 8 meter, 12 meter atau 15 meter untuk membalut pinggang dan pinggul ibu bersalin. Terdapat 2 cara menggunakan bengkung jawa.

Cara 1
Cara 2
bengkung jawa

2. Bengkung Zig Zag

Bengkung zig zag ialah inovasi bengkung jawa untuk memudahkan para ibu memakai sendiri bengkung.

3. Bengkung Zig Zag Berzip

Bengkung zig zag berzip ialah inovasi bengkung zig zag yang mengambilkira faktor masa, mudah dipakai dan mudah ke tandas.

4. Bengkung 3 Saat

Bengkung 3 Saat dihasilkan untuk memudahkan para ibu memakai bengkung, membuka untuk ke tandas, mudah dilaras sesuai untuk ibu bersalin secara Caesarean dan pada masa yang sama memberikan kesan kejap membentuk badan. Ramai juga menggelarnya sebagai bengkung Caesar kerana mudah dilaras mengikut keselesaan. Ia boleh dipakai oleh ibu-ibu Caesar sebaik luka pembedahan kering untuk menyokong di bahagian perut supaya lebih selesa.

HOT  Baja Foliar: Kegunaan dan Cara Penggunaan Yang Betul

5. Bengkung Barut

Bengkung barut diikat secara individu seperti di atas. Lebih mudah dipakai sambal baring.

Jadual perbandingan 5 jenis bengkung bersalin.

Faktor penting dalam penggunaan bengkung ialah kemudahan, kekerapan dan keselesaan memakai bengkung secara konsisten. Matlamat utama pemakaian bengkung ialah untuk mencapai bentuk badan ramping selepas bersalin supaya keyakinan diri para ibu meningkat, sebaik tamat tempoh berpantang.

Cara mendapatkan Bengkung 3 Saat Razowa:

Anda boleh membeli di Shopee di pautan dibawah:-

Jika anda ingin membeli secara fizikal. Anda boleh datang ke butik The Baby Store, Seksyen 22, Shah Alam atau Whatsapp di http://wasap.my/601156622625

bengkung razowa 3 saat

Baca : Top 5 Baby Shop in KL & Selangor