Advertisement

Jangan ingat tempat menarik di KL hambar tau! Ada yang percuma lagi.

Dari PKP sampai lah ke PKPPPP, ramai sangat dah tak sabar nak bercuti. Yang duduk di KL, tak perlu cari jauh-jauh nak pergi bercuti. Kami dah senaraikan 12 tempat menarik PERCUMA untuk anda pergi.

Dari tempat beriadah sampailah tempat untuk anda berehat melayan angin bayu di taman, semuanya di sini.

Teruskan membaca.

  1. Memorial Negarawan

Siapakah 7 individu yang menyertai rombongan Tunku Abdul Abdul Rahman Putra Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaysia (Tanah Melayu pada waktu itu)?

Untuk memudahkan anda, mereka adalah  Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambathan, Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, Tun Datu Mustapha Datu Harun, Tun Mohd Fuad Stephens dan Tun Dr Lim Chong Eu. 

Jasa mereka dalam pembentukan Malaysia telah meletakkan mereka tempat istimewa di Memorial Negarawan ini.

Jika anda melawat ke memorial ini, anda akan lihat koleksi peribadi milik tokoh-tokoh ini yang disumbangkan oleh ahli keluarga mereka.

Semarakkan perasaan patriotik anda dengan lawatan ke Memorial Negarawan.

📍  Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

  1. Tun Abdul Razak Memorial

Dibuka pada tahun 1982 untuk memperingati sejarah kehidupan dan sumbangan Tun Abdul Razak.

Dibina pada rumah Tun Abdul Razak yang didiami pada tahun 1962 hingga akhir hayatnya pada 1976. 

Terbahagi kepada 2 bahagian untuk anda ‘ronda-ronda’.

Bahagian pertama: Terdapat biografi tentang Tun Abdul Razak dan juga sumbangannya sepanjang berkhidmat di Malaysia. Terdapat koleksi peribadi seperti tongkat berjalan, speed boat dan lain-lain milik Bapa Pembangunan ini.

Bahagian kedua: Tempat letaknya 1500 bahan-bahan yang membantu dan menyumbang kepada kejayaan beliau sebagai menteri dan Perdana Menteri Malaysia.

Bahagian kedua juga terdapat model replika rumah FELDA yang ada pada zaman dahulu.

Tak sabar nak pergi kan?

📍  Sri Taman, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur

  1. Petronas Gallery

Di dalam KLCC pencakar langit yang megah, tahukah anda wujudnya Galeri Petronas yang percuma untuk anda masuk?

Ruginya sebelum ini pergi ke KLCC cuma untuk membeli belah. Sedangkan di dalam galeri ini anda boleh menyaksikan lebih daripada 1000 hasil karya tempatan, antarabangsa, kontemporari dan tradisional.

HOT  Ibu Bayi Blog di Malaysia: Sumber Inspirasi Untuk Ibu-Ibu Baru

Bukan sahaja anda dihidangkan dengan halwa mata lukisan Tetapi ada juga pakaian, kraftangan dan foto yang boleh menarik minda anda.

Mungkin anda seorang artis yang mencari inspirasi? 

Jangan lupa singgah ke sini tiap kali anda ke KLCC.

Free aje!

📍 Lot 341-343, Level 3, Suria KLCC Kuala Lumpur, Kuala Lumpur City Centre

  1. Royal Selangor Visitor Centre

Setiap kali lalu pusat beli belah yang besar mesti terserempak dengan kedai Royal Selangor. Dalam dia nampak eksklusif. 

Dengan Penyambut tetamu pun bersarung tangan putih, kan?

Nampak mahal betul. Tapi Royal Selangor ni kedai apa ya?

Kalau anda nak tahu Royal Selangor Visitor Centre merupakan tempat untuk anda ketahui dengan lebih mendalam tentang sumber Timah yang digali di Tanah Melayu sejak 1885.

Anda juga boleh sertai kelas membuat cenderamata dengan Timah dengan pakej RM65 selama 30 minit. 

Nak pergi tak?

📍 4, Jalan Usahawan 6, Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  1. Taman Rusa dan Kancil

Dahlah percuma untuk masuk, anda boleh “Hai-hai” lagi dengan kancil dan rusa yang terserempak dengan anda.

Agak menarik untuk tangkap gambar dan semestinya akan melakarkan kenangan indah untuk anak-anak kecil yang melawat.

Jom tengok Rusa dan Kancil dengan lebih dekat.

📍 Taman Rusa & Kancil Kuala Lumpur, Tasik Perdana, Kuala Lumpur

  1. Taman Botani Kuala Lumpur

Dekat taman ni bukan ada pokok yang hijau dan bunga yang mekar je tau!

Ada Tugu Negara, Taman Orkid, Taman Rama-rama dan banyak lagi.

Penuh dengan tumbuhan warna-warni, jangan lupa snap gambar banyak-banyak. 

Boleh juga jadi tempat fotografi special event  anda!

HOT  5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Renew Roadtax & Insurans Kenderaan

📍 Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur

  1. KL Forest Eco Park

Lah! Baru kami tahu, taman di Menara KL tu percuma sahaja! 

Ingatkan berbayar.

Kami baru cari info, rupa-rupanya ada banyak tarikan.

Antaranya adalah, Taman Herba, Canopy Walk dan Galeri Produk Kayu. Di sini, anda boleh buat pendakian santai, berkelah, jejak alam di taman.

Anda tidak dinasihatkan untuk memakai kasut tumit tinggi. 

Penat nanti!

Untuk laluan hutan dan jambatan, ianya percuma. Ada beberapa tarikan di dalam yang memerlukan anda untuk bayar sebelum memasukinya.

Tapi tak sampai RM50, jadi jangan risau kalau anda bawa anak kecil yang tiba-tiba nak lawat Mini Zoo.

  1. Muzium Automobil Nasional

Apa yang ada di sini? Lebih 15 buah kereta, 6 buah motosikal dan sebuah lori. Mengapa kenderaan ini menjadi pameran?

Hal ini kerana kenderaan ini adalah kenderaan yang menjadi penggerak dan pencetus inovasi sistem pengangkutan di Malaysia.

Minat kereta vintaj yang selalu anda nampak dalam filem? 

Cuba melawat ke sini kerana mungkin ada kenderaan yang anda suka itu.

📍 Muzium Automobil Nasional, Litar Antarabangsa Sepang, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Sepang, Selangor

  1. Memorial Tunku Abdul Rahman

Menurut laman web Visit KL, memorial ini dirasmikan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 11 November 1994.

Memorial ini adalah untuk memperingati sejarah dan saat-saat Bapa Kemerdekaan kita yang juga telah menyumbangkan jasa sebagai Perdana Menteri sejak 1957 sehingga 1970.

Paling menarik, ianya di bina di tempat tinggal rasmi Tunku yang sudah berusia lebih 100 tahun.

Meh lah kesini kalau nak kenal lebih rapat dengan Bapa Kemerdekaan kita.

📍Jalan Dato Onn, , Off Jalan Sultan Salahuddin, Kuala lumpur

  1. Art House Gallery Museum

Kalau anda singgah ke Central Market jangan lupa ke muzium mini ini.

HOT  Netflix Malaysia: Apa Yang Patut Anda Tahu Sebelum Melanggan (Review Penuh)

Art House Gallery Museum ini menempatkan beberapa koleksi hiasan daripada beberapa etnik. Koleksi daripada Borneo dan juga negara jiran yang menarik seperti topi kaum Iban, topeng muka untuk ritual menghalau roh jahat dan lain-lain.

Penuh dengan koleksi berseni yang pasti anda terpegun – atau mungkin kagum.

Jom pelajari seni-seni budaya kaum lain di sini.

📍 Lot 3.04 & 3.05, Level 2, Annexe Building, Central Market, 10, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur

  1. P. Ramlee Memorial House

Bangunan ini sebenarnya rumah terakhir P.Ramlee sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1973.

Tak perlu kami beritahu telah banyak jasa lagenda negara ini kepada kita.

Ada yang mengenal komedi, filem sedih dan macam-macam lagi.

Kalau anda nak ke sini anda boleh menaiki bas  Len Seng, bernombor W12, 165, 166, 170, 191, dan 195. 

Ataupun bas mini bernombor 17. Kalau anda dari Setapak anda boleh aje naik Grab kerana muzium ini cuma 4km dari situ.

📍 P. Ramlee Memorial, 22, Jalan Dedap, Setapak, 53000, Kuala Lumpur

  1. Muzium PDRM

Awal tahun 2021, muzium ini telah dibuka semula kepada orang awam setelah kerja naik taraf bangunan siap pada bulan Januari.

Lebih 3,000 artifak negara seperti senjata, pistol, pedang, anak panah, meriam, kereta perisai, kenderaan pemadam api beroda, rajah, peta, pakaian seragam polis dahulu, pelbagai dokumen yang dirampas dari komunis dan gambar pasukan dipamerkan untuk anda saksikan sendiri.

Dibuka pada semua dan cuma ditutup pada hari Isnin.

📍 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dah pilih yang mana anda ingin pergi? Kami nasihatkan anda rancang perjalanan anda untuk elakkan anda tersekat di jalan raya.

Yang paling penting stay safe,  kita jaga kita!


Minat travel? Klik di sini untuk artikel lain.