teka teki
Advertisement

100 Teka teki untuk hari anda yang membosankan:

1. Jin apa boleh menyanyi?
– Jinbara

2. Kucing apa pandai menyanyi?
– Alleycats

3. Lubang apa yang buat kita segar?
– Lu bangun

4. Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
– Orang Hamil

5. Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujan. Padahal hujan di tengah jalan?
– Jalan je kat tepi

6. Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
– Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat

7. Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki?
– Ayam kena pijak gajah

8. 1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia?
– Nombor plat kereta

9. Ia boleh pecah tanpa disentuh?
– Janji, amanah

10. Kita tarik semakin jauh, kita hulur semakin dekat. Apakah ia?
– Bendera.

11. Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
– Belakang awak

12. Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
– Penunggang kuda

13. Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
– Teh

14. Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
– Buah fikiran

15. Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
– Nama

16. Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
– Stokin

17. Ikan apa banyak di atas jalan raya?
– Kelisa

18. Datuk apa boleh terbang?
– Datuk burung

19. Binatang apa selalu sakit perut?
– Ikan kembung

20. Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
– Bayang-bayang istana

21. Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
– Jambatan

22. Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
– Satu, sebab dah mati

23. Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
– Bapa awak

24. Bom apa tidak meletup?
– Bomba.

25. Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
– Jamban.

HOT  Liyana Marzuki Silap? Mengenai Status Pegawai Badan Berkanun Bukan Penjawat Awam

26. Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
– Cukai jalan.

27. Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
– Itik beradik.

28. Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
– Burung raja udang.

29. Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
– Hingus.

30. Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
– 4 ekor burung.

31. Berapa kaki seekor kerbau?
– 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

32. Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
– Kedua-dua tak boleh terbang.

33. Binatang apa paling dibenci anjing laut?
– Kucing laut.

34. Adakah ayam berkokok siang-siang?
– Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

35. Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
– Telur.

36. Ayam apa yang bertelur di mana saja?
– Ayam betina.

37. Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
– Ayam jantan tidak bertelur.

38. Kenapa anak babi jalan tunduk?
– Kerana malu ibunya seekor babi.

39. Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
– Kerana ibunya bukan seekor babi.

40. Kenapa superman pakai baju ada huruf ‘S’?
– Kerana kalau pakai ‘M’ atau ‘XL’ nanti longgar.

41. Buka baju, pakai bedak, terjun kolam… Apakah ia?
– Pisang goreng.

42. Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi….?
– Tumpah la.

43. Sungai apa paling tajam?
– Sungai Lembing.

44. Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
– Orang utan.

45. Ikan apa yg miskin?
– Ikan kering.

46. Orang apa boleh dibuat menggoreng?
– Orang minyak.

47. Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
– Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

48. Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
– Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

49. Jalan Ampang, bengkok di mana?
– Di Thailand.

50. Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
– Jagung.

HOT  Menu Minum Petang yang Menggoda Selera

51. Bintang apa paling dekat dengan bumi?
– Bintang tiga.

52. Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
– Kerana bukan jodoh.

53. Tembak lantai kena hidung?
– Kentut.

54. Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
– Pohon maaf zahir dan batin.

55. Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
– Kapal terbang jatuh dalam laut.

56. Buah apa yang tidak mempunyai otak?
– Semua buah.

57. Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
– Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

58. Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
– Tiada, sebab burung terbang.

59. Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
– Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

60. Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
– Letak di depan cermin.

61. Dalam nenas ada apa?
– Spongebob

62. Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
– Kerana dia memandu waktu tengahari.

63. Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
– Kerani.

64. Ali bin Abu, lembu bin apa?
– lembu binATANG.

65. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
– Ikan betina – ikan duyung, ikan jantan – ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

66. Kucing apa ada tiga kaki?
– Kucing cacat.

67. Lembu apa ada sembilan kaki?
– Lembu kat kaki lima.

68. Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
– Kedua-duanya spesies ikan.

69. Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
– Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

70. Kalau gunung didaki, daki?
– Disabun la.

71. Makanan apa yang paling cicak takut?
– Gula-gula getah.

72. Kenapa orang kata alien tu wujud?
– Sebab orang yang kata tu kawan dia.

73. Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
– Akupuntur.

74. Kenapa kucing tak boleh terbang?
– Ada ke kucing boleh terbang?

HOT  Cryptocurrency Malaysia: Apa Yang Anda Perlu Tahu

75. Binatang apa ada kaitan dengan buah?
– Cacing kerawit (kelapa sawit).

76. Malam dia hidup, siang dia mati. Siapakah dia?
– Ikan. Bila kena siang dia mati la.

77. Perut bertemu perut, lepas dimasukkan keluar air. Apa dia?
– Mesin tebu.

78. Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
– Gula-gula getah.

79. Buang isi ambil kulit. Apakah ia?
– Tong sampah.

80. Gas apa yang tidak terapung?
– Penyedut hampagas.

81. Mi apa warna hitam?
– Misai.

82. Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
– Hilang akal.

83. Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
– Hungary (hungry=lapar)

84. Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
– Korek hidung.

85. Ular apa yang paling panjang?
– Ulasan.

86. Jauh di mata, dekat di hati?
– Usus.

87. Men apa yang berada kat atas?
– Mentol.

88. Gula apa yang tak manis?
– Sugar daddy.

89. Pemain sukan yang pentingkan masa?
– Felipe Massa.

90. Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
– Dia penipu.

91. Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
– Ular senduk.

92. Binatang apa paling pemalas?
– Singa, sebab dia malas cukur janggut.

93. Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
– Kuda menyorok.

94. Hari apa makan orang?
– Harimau.

harimau

95. Pegang boleh, ambil tak boleh. Apakah ia?
– Bayang bayang.

96. Lembu apa ada sembilan kaki?
– Lembu kat kaki lima.

97. Yang palsu laku, yang asli tak laku, Apakah itu?
– Gigi. Mana ada orang beli gigi asli kan.

98. Kotak apa yang tak boleh buka?
– Kotak penalti.

99. Nampak di bawah tapi cari di atas?
– Bumbung bocor.

100. Dalam banyak-banyak ubat, ubat apa yang dicipta bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi membunuh?
– Ubat nyamuk.