10 Filem Malaysia Yang Anda Patut Tonton Di Netflix
Advertisement

Populariti Netflix dalam kalangan rakyat Malaysia memang tidak dapat dinafikan sejak ia dilancarkan di negara ini pada awal tahun 2016. 

Harga pakej langganan yang ditawarkan juga berpatutan. Jadi, tidak hairanlah Netflix merupakan pilihan utama bagi orang ramai.

Memang banyak pilihan filem dan siri TV dari pelbagai negara yang kita semua boleh tonton sepanjang masa. 

Filem keluaran Malaysia juga terdapat dalam platform ini dan tidak kurang hebatnya berbanding filem-filem antarabangsa di luar sana.

Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 10 filem Malaysia yang anda patut tonton di Netflix.

10 Filem Malaysia Yang Anda Patut Tonton Di Netflix

Jika anda mempunyai persepsi filem tempatan kebanyakannya tidak berkualiti, mungkin filem-filem dalam senarai ini akan dapat mengubah pandangan anda.

  1. Puteri Gunung Ledang
Filem Malaysia Netflix

Pertama dalam senarai ialah Puteri Gunung Ledang yang baru dimasukkan ke dalam platform Netflix hujung bulan November lepas.

Filem ini telah merupakan filem yang telah mendapat sambutan yang hangat di pawagam pada tahun 2004 semasa pengeluarannya.

Pada ketika itu, filem ini juga bukan sahaja mencapai kejayaan di Malaysia pada ketika itu, ia juga berjaya memecah masuk pasaran antarabangsa.

Puteri Gunung Ledang mengetengahkan kisah seorang puteri pada abad ke-15 yang mempunyai kekuatan ajaib.

Status, tugas dan kewajiban agama melarang puteri daripada mengahwini lelaki yang dia cintai dalam percintaan epik ini.

Mahu tahu apa yang terjadi? Jom tengok Puteri Gunung Ledang di Netflix sekarang!

Klik di sini untuk trailer filem ini.

Rating IMDB: 6.4/10

  1. Fly By Night
Filem Malaysia Netflix

Ini merupakan filem yang telah dikeluarkan pada tahun 2018 dan telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada penonton.

Filem arahan Zahir Omar ini merupakan filem thriller jenayah neo-noir dan anda akan dapat melihat keunikan sinematografi filem ini.

HOT  5 Perkara Menarik Tentang Cameron Highlands

Cerita ini mengisahkan kepada kegiatan empat pemandu teksi yang memeras wang daripada penumpang kaya. 

Walaubagaimanapun, konflik berlaku apabila salah seorangnya mempunyai tingkah laku yang impulsif sekaligus menarik perhatian polis ke rumahnya.

Saksikan Fly By Night di Netflix untuk menikmati filem yang hebat ini.

Klik di sini untuk menyaksikan trailer filem ini.

Rating IMDB: 7.0/10

  1. Jagat
Filem Malaysia Netflix

Jagat ialah filem Tamil hasil karya tempatan dan filem ini telah memenangi Filem Malaysia Terbaik dalam Festival Filem Malaysia yang ke-28.

Dikeluarkan pada tahun 2015, filem ini membawa penonton ke era tahun 90-an.

Mengisahkan seorang budak lelaki Tamil yang menghadapi tekanan daripada bapanya sehingga dia hilang fokus terhadap pelajaran.

Sebaliknya, dia tertarik dengan kehidupan bapa saudaranya yang banyak terlibat dalam kegiatan jenayah.

Filem ini akan dapat membuka mata kita mengenai realiti sebenar kehidupan kaum masyarakat India di estet pada masa tersebut.

Klik di sini untuk preview trailer filem Jagat.

Rating IMDB:  6.9/10

  1. Paskal
Filem Malaysia Netflix

Filem keempat dalam senarai ialah Paskal yang merupakan filem yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Pujian yang hebat-hebat telah diberikan kepada filem yang boleh dikatakan mencapai taraf antarabangsa ini.

Dari segi plot, barisan pelakon, sinematografi dan sebagainya, memang dapat filem ini berada di dalam kelas yang tersendiri.

Filem ini membawa penonton kepada kehidupan Pasukan Askar Laut yang lebih dikenali sebagai Paskal dalam misi-misi menentang ancaman lanun.

Filem ini adalah adaptasi kisah sebenar.

Klik di sini untuk trailer Paskal.

Rating IMDB: 6.8/10

  1. Pulang
Filem Malaysia Netflix

Pulang yang merupakan filem yang muncul di pawagam pada tahun 2018.

Filem ini berdasarkan kisah sebenar seorang pemuda yang menjejaki datuknya yang berlayar selama 61 tahun sehingga meninggalkan anak dan isterinya untuk berlayar.

HOT  The Ultimate Guide to Fomema: Ensuring Health and Safety for Foreign Workers

Dia berjanji kepada mereka dia akan pulang. Namun,  bertahun-tahun sudah berlalu dan isteri serta anaknya masih menunggu.

Filem yang penuh emosi dan pasti membuatkan anda menitiskan air mata.

Klik di sini untuk trailer Pulang.

Rating IMDB:  6.7/10

  1. Crossroads: One Two Jaga

Filem arahan Nam Ron ini merupakan filem aksi jenayah (crime-action) yang mengisahkan kisah kegiatan rasuah pihak polis.

Dikeluarkan pada tahun 2018, filem ini mengisahkan seorang pegawai polis muda yang berhati mulia apabila bekerja secara berpasangan dengan polis yang berpengalaman. 

Kemudian, polis muda tersebut mula lihat realiti sebenar dan menghadapi pelbagai konflik.

Klik di sini untuk trailer filem Crossroads: One Two Jaga.

Rating IMDB: 6.5/10

  1. Munafik

Munafik yang juga bermaksud hipokrit merupakan filem seram arahan Syamsul Yusof.

Filem ini cukup popular semasa pengeluarannya di pawagam pada tahun 2016. 

Munafik membawa mesej ini bergenre seram dan juga menerapkan elemen keagamaan. Ia akan membuatkan anda tidak senang duduk.

Sebagai penonton, anda juga akan dapat memahami mesej-mesej yang disampaikan dan boleh muhasabah diri.

Filem ini ada sambungannya iaitu Munafik 2 yang juga boleh ditonton di Netflix.

Klik di sini untuk trailer Munafik.

Rating IMDB: 6.9/10

  1. Istanbul Aku Datang

Filem kelapan dalam senarai ini ialah Istanbul Aku Datang, filem yang seronok ditonton dan genre drama romantik.

Dibintangi pelakon seperti Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairy, cerita ini membawa penonton ke Istanbul, Turki.

Filem ini pernah menjadi ‘big hit’ semasa pengeluarannya pada tahun 2012.

Jika anda terlepas, inilah peluang anda untuk melihat sendiri mengapa filem ini unik dengan cara yang tersendiri.

Klik di sini untuk trailer Istanbul Aku Datang.

HOT  Cara Daftar MySejahtera dan Tebus Kredit RM50

Rating IMDB: 6.9/10

  1. Polis Evo 2

Ini merupakan sambungan daripada filem yang pertamanya iaitu Polis Evo yang anda juga boleh tonton di Netflix.

Polis Evo 2 mengandungi elemen komedi, aksi dan juga emosi dan boleh dikatakan ia merupakan ‘upgrade’ daripada filem yang pertama.

Plotnya juga agak berat tetapi sangat menarik dan ia akan memberi kesan yang mendalam terhadap penonton.

Klik di sini untuk trailer Polis Evo 2.

Rating IMDB: 7.0/10

  1. Ejen Ali The Movie

Yang kesepuluh dan terakhir dalam senarai ini merupakan satu-satunya filem animasi dalam senarai ini.

Ejen Ali: The Movie adalah filem aksi spy-fi animasi komputer Malaysia 2019.

Filem ini yang patut dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana ia telah membawa industri filem animasi ke tahap yang lebih tinggi.

Yang paling penting, ia sesuai untuk ditonton untuk setiap peringkat umur, dari budak tadika sehinggalah warga emas.

Klik di sini untuk trailer Ejen Ali: The Movie.

Rating IMDB: 8.5/10

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, anda patut memberi peluang kepada diri sendiri untuk menonton filem keluaran tempatan.

Banyak filem keluaran Malaysia di Netflix yang berkualiti terdiri dari pelbagai genre seperti seram, aksi, animasi dan banyak lagi.

Dengan Netflix, anda boleh menikmati semua filem-filem tempatan di dalam senarai ini tidak kira di mana dan pada bila-bila masa pun.

Selamat menonton!


Anda adalah salah seorang penghidap darah tinggi? Atau ada tanda-tanda darah tinggi yang ada tapi kurang pasti? Boleh rujuk disini untuk ketahui petanda atau cara mengawal darah tinggi. Seraimas adalah produk yang ada kandungan selamat dan bahan-bahan semula jadi yang diperakui daripada makanan sunnah dan herba.